Latar belakang serangan Serangan_Norway_2011

Pengeboman di Oslo

Laporan awal menyatakan sebagai bom kereta meletup di luar pejabat Perdana Menteri Norway Jens Stoltenberg dan lain-lain bangunan pejabat kerajaan seperti Kementerian Minyak dan Kementerian Kewangan. Ketika itu, Menteri Kewangan Norway ,Sigbjørn Johnsen sedang bercuti di Denmark. Letupan itu boleh didengar kira-kira 7 kilometer jauhnya.

Sepanjang jalan di kawasan itu dipenuhi kaca dan serpihan letupan. Kereta yang rosak dan kemek-kemek berada berhampiran bangunan pejabat.Api masih terus membakar di Kementerian Minyak.

Tembakan di Utøya

Dua jam selepas letupan Oslo itu, 40 kilometer di barat laut Oslo, berhampiran Tasik Tyrifjorden di pulau Utøya .Ada perkhemahan belia di kem musim panas setiap tahun anjuran sayap pemuda Parti Buruh Norway.Seramai 650 belia berusia 15-16 tahun sedang berkhemah. Anders Behring Breivik telah merancang serangan sejak dua tahun lalu iaitu 2009. Niatnya pernah disampaikan kepada saudaranya .Seperti dirancang dia menaiki bot dan melepaskan tembakan secara rawak terhadap belia yang menghadiri pesta minum-minum.Polis percaya kedua-dua insiden letupan dan tembakan membabi-buta itu berkaitan.

Anders Behring Breivik berpakaian seperti pegawai polis, meminta orang ramai supaya berkumpul sebelum menembak mereka .Ramai yang terbunuh dan cedera. Remaja yang melarikan diri ke dalam tasik turut ditembak. Mangsa tembakan itu kebanyakannya lelaki berusia 15 dan 16 tahun. Mereka yang terselamat telah bersembunyi di bilik mandi atau semak, berkomunikasi melalui SMS dan mengelak daripada memberi kedudukan mereka kepada lelaki bersenjata itu .Seramai 85 orang ditembak mati , sekali atau dua kali di kepala. Seramai 97 orang cedera. Masih ada yang hilang kerana melarikan, bersembunyi dan berenang.

Pada 23 Julai 2011, stesen televisyen NRK dan TV2 membuat liputan secara langsung dari politistasjon Sentrum di Oslo Norway .Pesuruhjaya Polis Norway, Øystein Mæland mengesahkan bilangan mangsa yang terbunuh di Utøya mencecah 85 orang.Jumlah itu dijangka meningkat kerana mungkin ada mayat yang tenggelam.

Apabila polis sampai dengan bot sejam kemudian, dia tampil menyerah diri.